4 Bulan Bimbingan, Berjaya Lunaskan Tunggakan Puluhan Ribu Ringgit

Musim pandemik Covid-19 sekarang ni, ramai usahawan-usahawan di Malaysia dah mula menggunakan platform digital untuk memasarkan produk. Yelah, cara ni jer yang memudahkan mereka untuk berniaga.

Kalau anda dapat lihat, kerajaan pun dah keluarkan pelbagai peraturan untuk sentiasa berwaspada dengan wabak berbahaya ini. Bahaya juga kalau buka payung berniaga musim-musim Covid-19.

Tapi, bila dah ada platform digital, dapatlah bantu mereka untuk terus cari rezeki. Hilang sikit terasa beban tu.

Bercakap soal platform digital ni kami ada terbaca yang Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) telah memperkenalkan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kemampuan dan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam penggunaan platform atas talian (online).

Menariknya, program ini dah bermula sejak Julai 2020 lagi dan tujuannya tidak lain tidak bukan untuk bantu peniaga tingkatkan jualan menggunakan platform online ini.

Bukan itu jer, INSKEN juga membantu proses transformasi usahawan dari perniagaan konvensional kepada perniagaan secara online melalui platform Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp dan juga Telegram.

Wah lagi senang lah lepas ni nak berniaga, lagi-lagi bila semua di hujung jari. Tekan-tekan sahaja phone duit masuk dalam akaun bank. Siapa tak nak kan?

Yang kami tertariknya dengan program E-Board ini, pada peringkat awal anda akan didedahkan kepada semua platform online dalam masa 2 hari melalui latihan General E-Marketplace. Sebab bukan semua familiar dengan E-Marketplace ni kan? Jadi INSKEN bagi pengenalan dulu.

Lepas dah tahu pengenalan, anda boleh pilih platform mana yang bersesuaian dengan perniagaan anda untuk dibimbing selama 3 bulan pula oleh pakar secara lebih mendalam. Yelah setiap bisnes ada target pelanggan masing-masing kan? Jadi kita fokus pula kepada spesifik platform untuk dibimbing rapat.

Program E-Board yang bestnya tidak ada syarat yang ketat dan terbuka untuk semua usahawan. Apa yang penting peserta kena ada produk atau servis untuk dijual. Bukan apa, akhir program ini nanti akan ada penilaian peningkatan hasil jualan. Hah barulah syok kalau ada persaingan siapa yang dapat jual lebih banyak kan.

Dalam kata lain, kiranya ini adalah salah satu inisiatif sebagai persediaan anda dalam menghadapai Revolusi Industri 4.0.

Keuntungan Yang Besar Dikaut Hasil E-Board

Jangan tak tahu, ada di antara usahawan telah pun memperolehi keuntungan yang di luar jangkaan hasil daripada program E-Board oleh INSKEN ni.

Sebagai contoh, Puan Widad Fitriah yang merupakan pemilik Pusat Pembangunan Ilmu, Teratak Ilmu telah berjaya memperolehi jualan tertinggi dalam perniagaannya.

Cuba bayangkan, syarikatnya telah menerima arahan untuk keluar dari premis perniagaan dalam jangka masa 30 hari sahaja. 30 hari bukan 3 bulan. Semua ini gara-gara tidak mampu membayar kesemua kos operasi yang tertunggak sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mana pula nak cari duit untuk cover kos operasi ni?

Tetapi, alhamdulillah setelah beliau mengikuti program E-Board dan mempelajari teknik pemasaran online ni, Puan Widad akhirnya mampu membayar kesemua tunggakan tersebut. Paling buat kami kagum adalah kesemua kos operasi Teratak Ilmu 100% dibayar menggunakan hasil jualannya berbanding dahulu yang terpaksa menggunakan sumber pendapatan lain untuk menampung kesemua kos tersebut.

Pada mulanya kami pun macam tak percaya, tapi pencapaian ini sudah berjaya dikekalkan selama 4 bulan berturut-turut, hasil daripada bimbingan melalui program E-Board. Tapi kisah kejayaannya tidak berakhir setakat itu, pada akhir program Puan Widad buat kejutan lagi dengan berjaya kekalkan peningkatan jualan tertinggi sebanyak 507.17%.

Betul betul berkesan program ini! Jadi tiada yang mustahil dalam dunia ini untuk anda capai. Jika anda nak tahu kisah benar Puan Widad dalam membangunkan semula perniagaannya, anda boleh terus ke SINI.

Tapi kan tak salah juga kalau anda sendiri yang join kelas E-Board batch 2021 ni. Masa inilah anda nak transformasikan bisnes anda ke arah digital kan? Selain tu boleh dapat banyak ilmu juga dalam bidang perniagaan.

Untuk batch 1 2021 ni akan bermula pada bulan Februari. Jadi belum terlambat untuk anda daftar sekarang. Jangan lupa klik di SINI untuk daftar okey!

Macam-Macam Latihan Ke Arah Usahawan Digital Ada

Untuk senarai penuh program-program yang ditawarkan INSKEN, klik di SINI.

Apa yang kami tahu, program INSKEN ini bukan sahaja menawarkan program E-Board malah turut menyediakan program Business Training secara online.

Harga program INSKEN juga boleh dikatakan tidak masuk akal sebab ada yang serendah RM20 sahaja! Antara topik-topik yang diberi pendedahan kepada usahawan adalah seperti WhatsApp Untuk Bisnes, Pasarkan Produk di e-Marketplace (Shopee & Lazada), Zero Cost Marketing Menggunakan Facebook dan banyak lagi.

Sepanjang tahun 2020, seramai 8,173 usahawan telah mendapat manfaat dari program-program yang memfokuskan kepada topik digitalisasi ini.

Tak salah kiranya anda salah seorang yang turut sama sertai program dari INSKEN ni. Sekurang-kurangnya dapat juga tambah duit poket kan selain dapat timba ilmu baru. Program yang dijalankan pun senang semua melalui online jer, tak payah risau kalau anda ada di hujung Malaysia sekalipun.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi INSKEN atau terus ke Instagram INSKEN.

×