Pelakon Edika Yusof berkata dia terkejut dengan keputusan isterinya, Nor Hidayah untuk berpisah selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi temu bual bersama Nona, Edika bagaimapaun reda jika perkahwinannya dibina terlerai, malah dia cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
BACA: “Kalau Betul Dia Nak Dilepaskan, Patutnya Dari Dulu Beritahu” – Edika Yusof
@nona.my Februari lalu, industri hiburan tanahair dikejutkan apabila isteri Edika Yusof telah memfailkan perceraian terhadap suaminya kini kes mereka dalam proses mahkamah. Berkesempatan menemui pelakon berusia 57 tahun ini di sebuah majlis baru² ini, ini perkongsian eksklusif Edika berhubung krisis rumahtangganya kepada Majalah NONA. NONA mendoakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan menemui kesudahan yang bahagia demi anak2, insya allah.. ?? #majalahnona #edikayusof #norhidayahyusri #fyp #fypage #foryou #foryoupage #fyp?? #fyppppppppppppppppppppppp
“Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada kes sampai macam ini, kira final.
“Kalau dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya terpaksa berkorban la juga,” katanya.
Sementara itu, Edika berkata dia sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjaga isterinya selama 19 tahun, serta mempersoalkan jika mahukan perpisahan mengapa tidak dari awal lagi.
“Apa yang saya boleh buat, saya cuba. Umur saya dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun.
“Jadi bila waktu sekarang baru nak ‘offer’ benda itu (perpisahan), saya rasa sudah terlambat. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh di tangan Allah.
“Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin. Saya pun tak complain,” katanya.
Dalam pada itu, Edika memberitahu dia akan menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini dan menyifatkan prosiding kes perceraiannya berlangsung esok.
“22 April hari jadi saya, 23 kes mahkamah kami, mungkin itu hadiah hari jadi saya,” katanya.
SUMBER: TikTok Nona