Sejak Sabtu, negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti pada Jumaat lalu.
Lebih sebak, apabila ramai mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah serta menunggu berjam lamanya untuk mendapat bantuan dari pihak penyelamat.
BACA: Suami Nora Danish Akui Pernah Tolak Gelaran Datuk
View this post on Instagram
Ramai artis turun padang menghulurkan bantuan termasuk suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri bersam pasukannya ke Taman Sri Muda, Shah Alam malam tadi untuk menyelamatkan mangsa banjir.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nedim meluahkan rasa sebak apabila berjaya menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen terharu melihat perkongsian berkenaan serta mengucapkan terima kasih di atas usaha dilakukan oleh Nedim itu serta mendoakan agar usahanya bersama pasukan untuk menyelamatkan mangsa banjir dipermudahkan.