Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan yang lalu.
Menerusi dalam satu kenyataan hari ini, Fazley berkata keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri.
BACA: Fazley Yaakob Dedah Isteri 13 Kali Keguguran Termasuk 2 Pasangan Kembar
“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Fazley berkata hubungannya dengan bekas isterinya juga masih kekal baik.
Lapan belas tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun.
SUMBER: Kosmo