Beberapa hari lalu, pelakon dan model, Zahnita Wilson mengakui dia berada dalam keadaan penat sehingga terpaksa menghentikan seketika perniagaan pai yang diusahakan.

Namun, semalam Zahnita dilihat memuat naik perkongsian terbaru kembali menerima tempahan pai serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang menyokongnya.

BACA: “Macam Mana Positif Bahan Terlarang? Suami Percaya Zahnita Letak Dalam Makanan”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zahnita

“Saya kembali, saya akan mula ambil tempahan semula pada Selasa. Terima kasih kepada semua yang menyokong. I love you so much. Pai 100 peratus air tangan super model Malaysia,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Zahnita turut memuat naik video memaparkan dia berada di dapur sedang menyiapkan tampahan pai daripada pelanggannya.

Difahamkan, Zahnita menjemput media ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 18 April ini bagi sebutan kes cerai dengan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor serta akan menjawab segala persoalan.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila bekas rakan kongsi Zahnita dikenali sebagai Nur Hanisah mendakwa cerita mengenai rumah tangga model itu adalah tidak benar.

×