Umum mengetahui, pelakon Raysha Rizrose sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan Nabil Jeffri, yang juga seorang pelumba kereta Formula 3.
Memetik Utusan Online, pelakon berusia 26 tahun itu bakal disunting oleh kekasihnya dan bakal menamatkan zaman gadisnya tidak lama lagi.
BACA: 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Sedia Jadi Isteri Nabil Jeffri
Bagaimanapun, setakat ini tarikh perkahwinan Raysha dan kekasihnya belum diketahui lagi mahupun maklumat mengenai hari bahagia pasangan tersebut.
Sebelum ini, menerusi Harian Metro, Raysha berkata dia dan kekasih dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.
“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
“Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.