10 Selebriti Wanita Paling Dinanti Perkahwinannya

Setiap tahun, perkahwinan di kalangan selebriti menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Tahun 2017 adalah tahun di mana ramai selebriti sudah menamatkan zaman bujang mereka dan mendirikan rumah tangga.

Antara perkahwinan selebriti popular yang menjadi tumpuan sepanjang tahun 2017 ini ialah Mia Ahmad, Sari Yanti dan Jep Sepahtu, Ummi Nazeera, Laudya Cynthia Bella, Fazura dan Fattah, serta Mawar Rashid dan Raff Yaakob.

Kali ini kami ingin senaraikan 10 selebriti wanita yang paling dinanti hari perkahwinan mereka oleh para peminat.

1. Neelofa

https://www.instagram.com/p/BbyKFfBlBoX/?taken-by=neelofa

Tahun ini nama Neelofa terpalit dengan kontroversi percintaan bersama Fattah Amin. Namun ianya hanya khabar angin semata-mata selepas Fattah menamatkan zaman bujang dengan Fazura. Pasti ramai yang tidak sabar nak lihat Neelofa di atas pelamin dan siapa jejaka bertuah tersebut.

2. Emma Maembong

https://www.instagram.com/p/BcE5wfIFE8k/?taken-by=emma_maembongofficial

Sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak, namun hubungan mereka terputus ditengah jalan. Selepas itu, Emma menjalin cinta dengan pelakon Kamal Adli sebelum berantakan bulan lalu disebabkan salah faham. Namun, baru-baru ini, sumber mendakwa pasangan tersebut dikatakan kembali bersama.

3. Uqasha Senrose

https://www.instagram.com/p/BcL7r26laqh/?taken-by=uqashasenrose2

Nama Uqasha tidak pernah lekang dengan kontroversi. Ada saja kontroversi melibatkan gadis cantik ini. Sumber mendakwa Uqasha bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan hatinya iaitu pelakon dan host Hefny Sahad. Tak sabar nak tengok Uqasha naik pelamin.

4. Nelydia Senrose

https://www.instagram.com/p/Bb3-VvanICV/?taken-by=uqashasenrose2

Selepas hubungan cinta bersama pelakon dan host Qi Razali terputus di tengah jalan, tiada lagi kisah cinta Nelydia. Orangnya cantik dan lembah lembut, pasti ramai lelaki yang terpikat. Siapa la jejaka bertuah itu nanti?

5. Zahirah Macwilson

https://www.instagram.com/p/Bb9M–CDDr1/?taken-by=zahirahmacwilson

Pelakon kacukan ini menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak Zul Ariffin. Namun, baru-baru ini tidak dapat disahkan kisah cinta mereka selepas terjadi salah faham antara Zahirah, Kamal Adli dan Emma Maembong. Diharap pasangan ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

6. Fara Fauzana

https://www.instagram.com/p/Bbesoycj_WH/?taken-by=therealfafau

Pengacara dan bekas penyampai radio popular ini pernah mengejutkan peminat apabila membatalkan perkahwinannya selepas sumber mengatakan lelaki tersebut merupakan suami orang. Apa yang pasti, ramai yang menantikan Fara untuk bertemu seorang lelaki yang baik dan mendirikan rumah tangga.

7. Intan Ladyana

https://www.instagram.com/p/BXScsU8F0ZF/?taken-by=intanladyana

Intan sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2014. Berikutan itu, Intan Ladyana membuat keputusan untuk tidak lagi bercerita tentang peribadi dan hubungan percintaannya dengan mana-mana lelaki.

8. Tasha Shilla

https://www.instagram.com/p/Bb9DDc_h1Nr/?taken-by=tashashilla

Hubuungan Tasha Shilla dengan kekasih hatinya, Hans Wong berakhir selepas tiga tahun bersama biarpun kedua-duanya sebelum itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Selepas itu tidak kedengaran lagi kisah cinta Tasha Shilla.

9. Ayda Jebat

https://www.instagram.com/p/BboVI5vD7ze/?taken-by=aydajebat

Akibat sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Redza Rosli, pelakon Ayda Jebat akhirnya mengakui tidak menolak andai jodohnya adalah bersama aktor berkenaan. Di harap hubungan pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.

10. Fatiya Latiff

https://www.instagram.com/p/BaRAkmHBEyE/?taken-by=fatiyalatiff

Sejak kebelakangan ini nama Fatiya Latiff terpalit dengan kontroversi hangat. Sejak berpisah dengan pelakon Aiman Hakim, tiada lagi kisah cinta Fatiya Latiff. Apa yang pasti, perkahwinan Fatiya Latiff antara yang dinanti oleh peminat.

×