1 Juta dUCk Scarves Terjual Dalam Tempoh 4 Tahun

Sebut je jenama dUCk, mesti akan terbayangkan koleksi tudung yang pernah menjadi bualan hangat dek kerana harga tudung yang dijual terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit

Boleh dikatakan setiap koleksi eksklusif dUCk habis dijual seperti pisang goreng. Jenama ini bukan saja di jual di Malaysia, malah di luar negara.

Jenama dUCk Group kini bukan hanya menjual tudung sahaja, malah sudah meluas dengan memperkenalkan barangan lain seperti alat tulis, barangan rumah, kosmetik dan aksesori.

Minggu lalu, The dUCk Group membuka cawangan ketiga mereka di Suria KLCC.

Namun, apa yang menarik sewaktu pelancaran butik tersebut ialah ucapan dari pengasas jenama itu iaitu Vivy Yusof.

Siapa sangka, sejak dUCk Scarves diperkenalkan sejak 4 tahun lalu, jenama tudung mewah itu sudah terjual sebanyak 1 juta secara keseluruhan.

Bukan itu saja, tudung ikonik corak bandar Kuala Lumpur antara yang paling popular dan terjual sebanyak 20,000 helai.

Ramai yang menganggap ianya idea mengarut untuk menjual tudung dengan harga ratusan ringgit. Namun tahun lalu, tudung edisi terhad KL dUCk Scarves bertatahkan kristal Swarovski berharga RM800 sehelai, habis dijual dalam masa 5 minit.

Jika anda nak tahu berapa keuntungan yang diperoleh oleh Vivy Yusof, hanya darabkan sahaja harga sehelai tudung dengan 1 juta helai dUck Scarves.

×