fbpx

Video: 5 Minit Pertama Filem MIG Terbaru Minggu Ini, Alamak Toyol

Jika anda masih belum tahu, minggu ini merupakan minggu pembukaan filem terbaru dari Metrowealth Pictures berjudul Alamak Toyol yang bagi kami termasuk senarai wajib tonton.

Bukan kerana kami mempunyai hubungan langsung dengan filem ini tetapi secara ikhlas kami katakan filem ini perlu anda penuhkan tempat duduk sepanjang tayangan — bermula 3 November 2011.

Alamak Toyol buat pertama kali menampilkan pasangan Along Cham & Angah Raja Lawak sebagai pemegang watak utama dan jika anda tanyakan pendapat kami, formulasi mereka berdua memang menjadi.

Kami akan keluar dengan sebuah review lebih lengkap termasuk sebab sebab kenapa anda perlu menonton filem ini sebagai hiburan bersama kawan kawan hujung minggu ini.

Dan, sebagai permulaan kami sajikan video sepanjang lima minit yang menampilkan babak babak awal filem Alamak Toyol yang di’dominasi oleh sang lagenda Hamid Gurkha. Enjoice!