fbpx

Norish Karman: Anak Saya Dan Ayahnya Tidak Dibenarkan Berjumpa

Norish Karman: Anak Saya Dan Ayahnya Tidak Dibenarkan BerjumpaWalaupun sesetengah pihak cuba menerima kehadiran anak lelaki bongsu Norish Karman seadanya, namun ianya tidak pernah menutup persoalan yang masih misteri.

Beberapa bulan lalu, kehadiran Haq Lutfie Alexander dalam hidup Norish Karman menimbulkan tanda tanya dan pengakuan ikhlas aktress ini menimbulkan lebih banyak persoalan.

Namun ketika bertemu dengan Norish Karman semalam untuk tayangan media filem Kahwin 5, aktress ini semakin terbuka menjawab persoalan tentang anak beliau itu.

“Kalau hendak bertanya saya tentang anak lelaki saya itu, saya tiada masalah untuk menjawab. Yang sudah lepas itu, biarlah berlalu,” ujar Norish Karman yang tampak berisi.

“Berat badan saya naik kerana rawatan susulan — naik hampir 14kg selepas hanya lima hari di hospital dan kini berat badan saya semakin menurun,” tambah beliau lagi.

Bercakap tentang anak lelaki beliau, Norish Karman berkata anaknya itu ada ayah & mereka saling berjumpa — siap anjur majlis cukur jambul dengan keluarga si ayah.

“Tetapi, selepas Haq berumur 3 bulan, mereka berdua sudah tidak lagi di’benarkan untuk berjumpa dan ayah’nya sendiri memilih untuk tidak bersama kami. Halal atau haram status anak ini, ianya adalah urusan & milik Allah — dan juga ia’nya perkara dalaman keluarga kami,” kata Norish Karman.

Norish Karman berlakon dalam filem Kahwin 5 yang merupakan filem kedua Showbiz selepas kejayaan cemerlang Hantu Kapcai dan filem terbaru yang turut menampilkan Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Soffi Jikan, Dian P. Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan & Adrea Abdullah akan ke pawagam 27 Disember ini.