Selepas nama melonjak naik menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan.
BACA: “Ada Yang Bagi Resume Untuk Meminang Saya”
“Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah”
“Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau,” jelasnya kepada mStar Online.
Tegasnya lagi, beliau hanya memiliki satu akaun Instagram sahaja iaitu MFMIRAFILZAH yang diuruskan sendiri olehnya. Malah beliau juga meminta para peminatnya supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu itu. (rkty/w)