fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Nikah Nabil Raja Lawak Dan Nazira Ayub Part II

Alhamdulillah, sebentar tadi Nabil Raja Lawak & pasangan Nazira Ayub selamat di’ijabkabulkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sekitar jam 5 petang.

Nabil Raja Lawak yang tampak segak dengan persalinan putih rekaan Wazira Zainal bermula tenang di’kelilingi ahli keluarga dan para wartawan.

Nazira Ayub menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 & mas kahwin berjumlah RM300 selain sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000.

Ini merupakan sambungan dari entri sebelum ini yang mengandungi gambar hantaran sebanyak 9 dulang dari pihak perempuan berbalas 7 oleh pihak Nabil Raja Lawak.

Resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkan Wonderland ilham Nabil sendiri akan di’adakan Ahad ini di i-City, Shah Alam.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub selepas ini. Semoga berkekalan ikatan suami isteri ini sehingga ke akhir hayat. Tahniah dari kami semua di Rotikaya HQ. Enjoice