fbpx

Gambar: Kad Undangan Perkahwinan Sahkan Yasmin Hani Kahwin 21 Oktober

Maafkan kami jika tersilap, rasanya ini merupakan pertama kali rasanya seorang selebriti reka setem sendiri untuk kad undangan perkahwinan.

Tetapi itu bukan perkara yang mustahil kerana Pos Malaysia sendiri menawarkan khidmat rekabentuk setem sendiri — tetapi masih, ia’nya sesuatu yang unik.

Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan beliau bulan ini akhirnya mendedahkan kepada para jemputan melalui kad undangan khas.

Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose (gambar, yang handsome) akan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang seperti yang di’rancang pada 21 Oktober 2011.

Menurut Yasmin Hani sebelum ini, beliau akan mengenakan baju pengantin rekaan pereka fesyen muda terkenal, Hatta Dolmat dan majlis resepsi mereka akan berkonsepkan majlis dalam taman.

Gambar kad undangan perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose di’bawah di’kirimkan oleh Klubbkidd melalui Twitter rasmi beliau awal pagi ini dan gambar di’gunakan dengan izin. Heh.