fbpx

Eh, Hattan Tamatkan Zaman Duda Bersama Kekasih Misteri Awal 30’an

Ini antara kami yang ketinggalan kereta api atau memang Hattan seorang yang pandai menjaga rahsia sehingga’lah semalam.

Di’saat semua tumpuan memerhatikan pernikahan indah Dira Abu Zahar & Helmi juga Lan A To Z & Siti Nur Ain — nampaknya seorang lagi selebriti memilih tarikh cantik untuk mengikat janji.

Utusan Malaysia melaporkan yang Hattan telah selamat di’ijabkabulkan di’rumah keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan malam tadi (Jumaat).

Majlis akad nikah tersebut di’adakan secara tertutup dengan hanya mengundang 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga & sahabat terapat termasuk M Nasir, Ramli Sarip, Man Kidal dan ramai lagi.

Namun, Hattan di’khabarkan belum bersedia untuk memperkenalkan isteri yang berusia awal 30’an itu kepada umum dengan alasan belum tiba masa yang sesuai. Apa pun, tahniah buat Hattan & isteri!

UPDATE-1: Berikut adalah wanita misteri berusia awal 30’an yang di’dakwa sebagai isteri kepada Hattan. Sumber gambar dari Forum Cari. Terima kasih tanpa prejudis.