fbpx

Bunohan: Tayangan Perdana Di Festival Filem Toronto September Ini

Sekitar Mac lalu, trailer pertama & satu satunya untuk filem BUNOHAN ini di’lancarkan dan mendapat reaksi baik dari pengkritik filem antarabangsa — tetapi tidak Malaysia.

Filem arahan Dain Said ini bakal membuat kemunculan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 (TIFF) September ini dan siapa yang bermurah hati, terbangkan kami ke’sana.

Jika tidak pernah dengar nama Dain Said, pengarah berbakat ini pernah muncul dengan filem DUKUN namun tayangan filem ini di’sekat atas pelbagai alasan. Dan, kami berharap BUNOHAN tidak menerima nasib yang sama.

Filem BUNOHAN walaupun nampak kasar tetapi ia’nya bertemakan keluarga yang terperangkap  dalam kancah keganasan yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.

Mengikut mata kami yang tidak’lah arif mata dalam bidang perfileman, filem BUNOHAN mempunyai potensi untuk menjadi sebuah karya filem yang sebenar. Trailer BUNOHAN selepas ini. Enjoice