fbpx

“Rocker Atau Beruk? Kalau Betul Rocker Dia Tidak Begitu” – Awie 

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu vokalis band terkenal yang didakwa meludah di atas pentas ketika persembahan sekaligus mengundang kecaman netizen.

Memetik Astro Gempak, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menegaskan penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersiakap baidab ketika melakukan persembahan.

BACA: Awie Suruh Aliff Syukri Kumpul Setem, Cari Hobi Lain

“Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan. Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.

“Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul dia rocker, dia tidak begitu. Band di Malaysia ni kebanyakkannya Melayu dan kita ada adab, adab kita sangat tinggi. Rock memang ada attitude g*mpang tapi jangan ambil yang g*mpang,” katanya.

Penyanyi berusia 53 tahun itu turut menitipkan nasihat kepada penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas dan sentiasa ingat akan ibu bapa sebelum melakukan sesuatu yang buruk.

“Saya seru kepada semua penyanyi band walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kira hancurkan, kesian ibu bapa.

“Jangan mulakan sesuatu yang b*doh, carilah sesuatu dari sudut yang positif, dalam seni muzik macam-macam boleh dibuat. Saya dah 37 tahun nyanyi, rebel itu hanya diluar pentas, jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu.

“Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas. “Selagi beriman insyallah kita boleh kawal perkara itu,” tambahnya.